PEMBEKAL ATAP NIPAH & RUMBIA DI MELAKA DAN SELATAN MALAYSIA

Kami adalah pembekal utama atap Nipah & Rumbia di Melaka & Selatan Malaysia. Kami membuat atap rumbia dan nipah yang berkualiti, amat sesuai untuk dijadikan bumbung rumah rehat, gazebo, gerai, restoran, interior design, landscape, hiasan taman dan sebagainya.

TENTANG KAMI

Pembekal Utama Sejak 2018
Diasaskan pada tahun 2018. Berpusat di Sungai Rambai, Melaka. Telah membuat, membekal, menghantar atap nipah dan rumbia kepada lebih 1000 pelanggan seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Singapura

Kami tidak membuat servis pemasangan. Jika anda boleh membuat servis pemasangan, sila berhubung dengan kami untuk berkolaborasi.

52 K+

Atap Disiapkan

1000+

Pelanggan

100+

Pelanggan Terkenal

5+

Team Profesional

Antara Pelanggan Kami

KELEBIHAN PASANG ATAP NIPAH/RUMBIA

Dari segi sejarah, atap ini telah digunakan sebagai bumbung rumah dan bangunan diseluruh Nusantara semenjak zaman dahulu sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya.

Kelebihan menggunakan atap ini ialah ia akan mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam sesuatu binaan tersebut walaupun tidak menggunakan kipas angin atau air-condition. Kesegarannya seolah-olah kita sedang berada dibawah naungan daun-daun pokok yang rimbun.

Dari sudut pertanian dan penternakan, didapati atap rumbia / nipah ini amat sesuai digunakan, kerana ia dapat menghalang bahang panas berbanding penggunaan atap zink.

Bahan atap nipah/rumbia

DAUN NIPAH

Boleh didapati sekitar paya di sungai. Juga digunakan sebagai otak-otak dan rokok daun.

DAUN SAGU/ RUMBIA

Pokok ini biasanya boleh didapatidi hutan. Ada yang ambil sagunya untuk dijadikan tepung dan bahan makanan.

BULUH

Dikenali sebagai mengkawan. Berfungsi sebagai tetulang atap. Ada juga yang menggunakan batang pinang.

POKOK BEMBAN

Antara pokok yang semakin rumit ditemui. Berfungsi sebagai tali untuk menyemat atap.

Apa Beza Atap Nipah & Atap Rumbia?

Warna

Atap nipah warna coklat muda, atap rumbia warna coklat tua.

Saiz

Atap Rumbia daunnya lebih lebar berbanding nipah

Duri

Atap Rumbia ada duri kecil di bahagian daun manakala atap nipah tiada.

Struktur

Daun rumbia cepat berubah warnanya berbanding daun nipah.

Lipatan

Di bahagian lipatan daun rumbia ada kesan patah tetulang daun, manakala nipah tiada.

Cara Pasang Atap Nipah Rumbia

Bagaimana cara memasang atap dan cara mengikatnya?

Terdapat banyak cara untuk pastikan atap ini dipasang dan diikat kuat.

Ada yang menggunakan :

– Rotan
– Mengkawan
– Cabel tie
– Paku
– Tali
– Dawai
– Tali kotak

Bergantung pada anda. Asalkan apabila diikat dengan cara betul dan tahan lama.

KHIDMAT PENGHANTARAN

Bas

Maksimum 50 keping kami gunakan bas. Kadar ke utara anggaran RM50/trip. Bas kebiasaan digunakan untuk ke utara/pantai timur untuk lebih jimat.

Kereta

Kereta untuk sekitar Melaka & Negeri Sembilan sahaja dengan muatan bawah 70 keping.

*kadar bergantung pada kilometer/budi bicara driver

Van

Van Tumpang Ke Johor – Melaka – Negeri Sembilan maximum 100-300 keping (masa takboleh tetapkan bergantung pada trip)

*kadar bergantung pada kilometer/budi bicara driver

Lori

301 keping dan ke atas ke seluruh semenanjung Malaysia

*kadar bergantung pada kilometer/budi bicara driver

Harga Siling Atap Tradisional

Ini adalah harga siling tidak termasuk penghantaran. Harga berbeza mengikut kuantiti.

*Tiada minimum order

*Size : 6 X 2 kaki

*Harga Atap Rumbia & Nipah adalah sama bagi jenis biasa

*Ada diskaun jika ambil kuantiti besar

*Sekiranya nak size lain, kami hanya buat size 2,3,4,5,7,8 kaki sahaja (harga tak sama, boleh PM whatsapp di mana-mana button)

Kenapa Harga Berbeza
Dengan Yang Lain?

  • Proses Semakin Rumit
  • Tempat mendapatkan daun adalah jauh. Dah tak ramai sanggup redah Sungai/Paya.
  • Tempat mendapatkan buluh semakin susah
  • Pokok bemban semakin sukar untuk dijumpai (bahan untuk semat/jahit atap)
  • Kos bahan mentah berbeza mengikut kawasan
  • Kos pengangkutan yang semakin tinggi

Cara Order

Prosedur ATAP TRADISIONAL :
  • 1. Isi borang pembelian. Klik sini untuk isi borang. Pastikan tekan link terakhir selepas tekan submit form.
  • 2. Tunggu invoice siap (semua details akan diberikan termasuk lokasi)
  • 3. Pelbagai pilihan pembayaran disediakan
Jika dihantar :
  • 4. Kami snap gambar barang naik kenderaan pada hari penghantaran ditetapkan [Last waktu buat pembayaran online]
  • 5. Kami akan beri no tel bas/van untuk deal barang turun di mana
Jika datang ambil :
  • 6. Boleh datang ambil sekiranya ada stok tersedia

Hasil Pemasangan Pelanggan

REVIEW PELANGGAN

HUBUNGI KAMI

Kami Menanti Untuk Membantu!

Kami akan bantu cadangkan kuantiti dan jenis yang sesuai mengikut bajet dan kesesuaian binaan anda
  • +011-10046379
  • finebiz.concept@gmail.com
  • T/API, LOT.3164 BATU 20 JALAN PARIT PUTAT, JPPT 61/1A, 77400 SUNGAI RAMBAI, MELAKA

SOALAN BIASA DITANYA

Beri kami gambar dan ukuran binaan, kami akan bantu kirakan anggaran berapa keping yang perlu

Kami tidak membuat servis pemasangan. Langkah terbaik cari tukang buat rumah di kawasan berdekatan (biasanya pekerja asing warga Indonesia mahir memasang)

Tidak, jika dipasang dengan cara yang betul mengikut saranan.

Barang boleh ditukar sekiranya selepas dipasang keadaan atap sangat teruk hingga menyebabkan bocor.

Boleh sekiranya diletakkan di tempat yang redup dan selamat daripada air dan cuaca panas. Tapi jangan terlalu lama terbiar kerana dikhuatiri atap akan rosak.

Boleh tengok contoh-contoh hasil pemasangan pelanggan di fb page kami dibahagian photo atau Instagram.